Thursday, March 19, 2009

KAPAL TERBANG

buzz sungguh hari nie..elok jer keje2 bersusun dlm tray ni...
tp skrg nie..tgh lunch time..so..nk relax2 jp...

busy Pictures, Images and Photos

ms tgh cek2 email...I dpt 1 email dr Cik Atie classmate I ms kt kolej dulu...kelakar la gak..wahaha..so..kt sini I nk share ngn u all sume..hehe..

kisah tntang Kapal Terbang dan Malam Pertma...u all rasa..ape la gak2 nye yer...

nk tau..??? check it out..
citenyer cm nie...

Tersebutlah kisah satu pasangan yg baru berkahwin. Sehari sebelum upacaraakad nikah…. Emak pengantin lelaki menasihati anaknya….

”Nak apabila menghampiri isteri mu pada malam pertama….maka kamu harus kata …Kapal terbang ingin mendarat”.

Emak pengantin perempuan pula menasihati anknya….

“Nak….bila suami mu berkata kapal terbang ingin mendarat….maka jawabnya….Lapangan terbang sudah sedia “.

Hari yg ditunggu-tunggu pun tiba….Si suami tak sabar-sabar dan pabila malam tiba….hatinya berdebar-debar….. Dia mendekati si isteri lalu mengatakan

“Kapal terbang ingin mendarat”

Si isteri seperti tidak faham dan berkata

“Saya penat bang …mari kita tidur.”

Si suami hampa….namun dalam hatinya berkata…

”Tak apa mungkin isteri aku malu….beri dia peluang kedua”

Tiba malam kedua Si suami mendekati si isteri dan bertanya lagi

“Kapal terbang ingin mendarat.”

Malangnya si isteri masih tidak faham …..kerana suaminya ketika itu memegang surat khabar…dalam hatinya berkata….

”Berita apa pula ini….Ah pedulilah kapal terbang mana nak mendarat pun….tak ada kena mengena dengan saya.”

Kemudian dia berkata kepada si suami

“Sudah lah tu bang ….janganlah baca surat khabar lagi….mari kita tidur ”

Si suami hampa lagi….tetapi dalam hatinya berkata

“Tak apalah esok masih ada.”

Tiba malam ketiga ….Si suami sekali lagi dengan penuh harapan dan begitu pasti

"malam ini pasti aku dapat…"

lalu mendekati si isteri dan bertanya lagi

“Kapal terbang ingin mendarat.”

Si isteri menjenguk ke arah luar jendela dan menggelengkan kepala sambil dalam hati berkata

“Mana ada kapal terbang !!”

Melihatkan si isteri menggelengkan kepala ….si suami hampa dan berkata dalam hati

“Kejamnya isteriku….membiarkan aku menungguselama 3 hari tapi masih enggan memberikannya kepada ku....”

Si suami dengan muka yg masam terus tidur tanpa mengajak si isteri.
Keesokan harinya si isteri bertanya kepada ibunya

“Ibu kenapa suami sayasetiap malam berkata …kapal terbang ingin mendarat??

Si ibu pun berkata

“Apa yg kamu jawab nak ? "

Si anak berkata

“Saya tidak jawab apa-apa…"

Si ibu berkata lagi….

”Apa anak sudah lupa apa yg ibu nasihatkan tentang malam pertama….sepatunya anak menjawab Lapangan Terbang sudah sedia…....sebagai tanda bersetuju ”

"Oh saya lupa lah ibu….tak apa malam ini saya pasti akan menjawab dengan betul”

Maka tiba malam keempat …..si suami seperti tidak menunjukkan apa-apatanda dia akan bertanya soalan yg sama. Malam kian larut ….si isteri tertanya-tanya….bilakah gerangan si suami akan bertanya…..Si isteri akhirnya berkata dalam hati

“Mengapa harus aku tunggu lagi…..apa salahnya aku sendiri meng`offer’ kan diri "

Lalu si isteri pun mendekati si suami dan terus berkata

“Lapangan terbang sudah sedia”,

Si suami kerana terlalu geram dengan si isteri….dengan muka yg masammenjawab

“KAPAL TERBANG ROSAK”"



wahahah...lawak ah...hihihi..segal tul bini die nih...alahai..nasib badan la tu... :)



(nota kaki : nth2 perkara nie kot yg terjadi pada Roslin Hashim ngn ex-Wife die..???hehehe...Wallahuallam..)

1 comment:

lone ranger said...

haha "kapal terbang rosak"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...