Thursday, April 22, 2010

NOTA CINTA - PART 3





NOTA CINTA PART 1
NOTA CINTA PART 2

ok...I sambung part 3 lak eh..

...HAPPY READING...

♥♥ **************************************************** ♥♥




Adam merenung telefonnya,

" dia nak ke call aku...?"

Adam mengeluh..lalu matanya dihalakan ke television. Pertemuan dia dah Sarah masih lagi bermain-main di fikirannya.

" lama betul kita tak jumpa kan Sarah...." dia bermonolog sendiri

" weh....Adam...pe berita hot hari ni...? "

Adam tersedar dari lamunan apabila Johari rakan serumahnya menegur

" err.....entah la bang...saya tak fokus sangat..."

" la...dari tadi aku tengok kau bukan main khusuk lagi tengok tv...kau fikirkan apa..? "

belum sempat Adam menjawab....

" teringat pada Papa Mama kau eh...? "

" err....ada la sikit..."

" dah la jangan difikirkan sangat...perkara tu dah lama berlalu...oh ya...lupa pulak...tadi aku call mak...dia ajak kita balik kampung hujung minggu ni..mak nak masak...kau macam mana..ok tak..?"

" ok gak tu bang...lagi pun saya tak buat apa pun..."

" ha..bagus...nanti aku call mak..."

" abah pula apa kabar..?"

" aku tak sempat nak cakap dengan abah..kau call la sendiri..aku nak keluar ni...kau nak pesan pape..?"

" tak pe la bang...."

" aku pergi dulu....Assalammualaikum..."

" Wa'alaikumsalam..."

Adam hanya menghantar Johari dengan sorotan matanya sahaja,

Johari Muhammad yang berusia 4 tahun lebih tua daripadanya sudah dianggap sebagai abang sendiri, malah keluarga Johari juga telah dianggap sebagai keluarga sendiri. Abah Johari iaitu Pak Mat merupakan pemandu papanya suatu ketika dahulu.

Pada Pak Mat lah tempat Adam mengadu masalah, kerana papanya sentiasa sibuk. Apabila papanya di isytiharkan muflis, Pak Mat terpaksa diberhentikan dan mereka terpisah kerana seluruh keluarga Adam berpindah ke Singapura.

Namun, takdir sekali lagi menemukan mereka, apabila Adam diterima untuk menyambung pengajiannya di USM, Adam bertemu dengan Johari, bermula dari situlah hubungan mereka menjadi rapat semula. Setiap kali cuti semester sudah pasti Adam akan pulang ke rumah Pak Mat. Baginya Pak Mat, isterinya Mak Jah dan Johari merupakan keluarga barunya.

Adam memandang telefonnya sekali lagi..telefonnya sepi tampa sebarang panggilan mahupun SMS.

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://www.tartx.com/blog/wp-content/uploads/2006/02/File23061.jpg

" ha...tenung jer la telefon tu lama-lama..mana la tau tiba-tiba dia call.."

Sarah mencebikkan bibirnya bila ditegur kakaknya Farah.

Farah Umairah Tajuddin, orangnya secantik Sarah. Rupa mereka hampir seiras, bezanya Farah hanya mempunya satu lesung pipit di pipi kanannya dan bermata bundar, tidak seperti Sarah yang bermata galak. Namun tetap manis dipandang. Farah juga murah dengan senyuman ini membuatkan orang disekelilingnya merasa senang dengan Farah. Malah hubungan dua beradik ini juga sangat rapat, mereka sangat menyayangi di antara satu sama lain.

" call jer la dik...apa yang nak ditunggunya lagi...? nanti dia ingat Sarah tak sudi nak berkawan semula dengan dia..." ujar Farah lagi

" ala kak...Sarah malu la...nak cakap apa dengan dia..nanti lidah menjadi kelu..."

tiba-tiba telefon Sarah berbunyi..

Pernah kah kau merasa
Hatimu hampa

Pernah kah kau merasa
Hatimu kosong


Lagu rancak dari Kumpulan Ungu yang bertajuk Hampa memecah suasana.

" ish budak ni...terkejut akak tau...cuba la guna lagu yang slow sikit..ni lagu yang buat orang terperanjat..dengan dia sekali terperanjat... cepat lah jawab telefon tu.." omel Farah

" tak nak....biarkan jer la..."

" kenapa...siapa yang telefon tu..? "

" Razif...." jawab Sarah pendek

tidak lama selepas itu, keadaan menjadi tenang semula.

" Razif cari Sarah lagi yer...? "

" hrumm...macam tu la kak..rimas Sarah dibuatnya...tak tau dah nak cakap macam mana lagi.."

" Sarah taknak bagi lagi peluang untuk Razif..?" Farah cuba menduga

" peluang...? cukup la sekali kak...sampai bila-bila Sarah takkan lupa apa yang dia dah buat pada Sarah..belum ada apa-apa ikatan dah berani naik tangan pada Sarah..Sarah tau Razif tu panas baran orangnya, tapi Sarah tak boleh terima apa yang dia dah buat pada Sarah..."

Farah hanya mendiamkan diri, dia tahu dia bersalah kerana membangkitkan soal Razif.

"Paling Sarah tak boleh lupa, Sarah hanya lewat 5 minit jer kak, dia boleh mengamuk sampai dia sanggup tampar Sarah depan orang ramai...perlu ke Sarah bagi peluang pada orang yang macam tu, dia sakit hati dengan orang lain, Sarah pula jadi tempat dia lepaskan geram..apa kakak nak tengok Sarah hidup tersiksa dengan dia..? ayah dengan ibu pun tak pernah pukul Sarah tau..dia pula sesuka hati nak tampar Sarah..." Sarah mula meninggikan suara

" yerla...akk faham...sorry....akk tak sepatutnya bangkitkan soal ni.."

Apabila mendengar jawapan kakaknya, Sarah terdiam. Entah kenapa setiap kali nama Razif disebut, dia mula menjadi berang, benci benar Sarah pada Razif. Perasaan bersalah mula menyelubungi Sarah. Dia sedar dia telah mengguris hati Farah dengan kata-katanya.

Sarah tau, Farah sensitif orangnya, hatinya mudah terguris. Semuanya bermula apabila perkahwinan Farah musnah dua tahun yang lalu. Belum cukup setahun usia perkahwinan Farah, suaminya telah meniggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Sejak daripada itu, Farah hampir hilang keyakinan diri dan mudah menagis. Sarah bersimpati dengan nasib kakaknya. Bagi mengubat kesunyian, Sarah menawarkan diri untuk tinggal bersama kakaknya.

Keadaan menjadi sepi, hanya suara dari tv kedengaran. Sarah mengambil telefonnya..

http://www.usefilm.com/images/4/7/5/7/4757/1217868-medium.jpg

" hope dengan mms ni, akan buat kakak senyum kembali.."

bisik hati kecil Sarah lalu dia menekan butang Send.

Beberapa minit kemudian, telefon Farah berbunyi. Farah yang sedang leka melipat baju tersentak. Di ambilnya telefon, lalu tersenyum apabila melihat mms itu, ada teddy bear sedang memegang sekuntum bunga berserta perkataan

" I'm sorry" .

" la....takpe la dik...akak tak kecil hati pun, marah pun tak..betul la apa yang Sarah cakap tadi..akak yang sepatutnya say sorry pada Sarah..."

Sarah gembira apabila melihat kakaknya tersenyum dan kembali bercakap dengannya semula.

" hrumm...tak...Sarah yang salah, Sarah dah tinggi suara dengan kakak..."

" tak pe la tu...sama-sama salah...ok..? "

" ok lah...kita seri eh..tapi orang yang bersalah kena denda..."

" ha...denda...denda apa..?"

" kakak kena belanja Sarah tengok wayang hujung minggu ni.."

" aik..part Sarah pula macam mana...bukan ke kita seri...? "

" ala...Sarah takpe...Sarah kan adik...adik kesayangan kakak...kan..? "

" eh...mana boleh macam tu...tak adil...ok..macam ni...akak belanja tengok wayang..Sarah lak belanja makan..ok..? "

" hrumm...ok...deal..." ujar Sarah sambil mengangkat ibu jarinya.

Farah hanya ketawa melihat gelagat Sarah. Sarah memang manja orangnya, sikap manjanya membuatkan Sarah amat disayangi oleh keluarganya.

" ngantuk la kak...Sarah masuk tidur dulu eh..."

" la...baru kul 1030...takkan dah mengantuk kot...? ha...akak tau...Sarah nak call Adam kan..?"

Sarah menghampiri Farah, dipeluknya dari belakang.

" good night kakak...." satu ciuman hinggap di pipi Farah, Sarah bangun menuju ke biliknya.

" good night dear....." kakaknya membalas, Sarah tersenyum lalu masuk ke dalam biliknya.

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://www.easyonlygames.com/blog/valentine/valentine03.jpg

Sarah menghempaskan tubuhnya di atas katil, telefonnya masih lagi berada di genggaman.

" hrumm...nak call ke tak ni eh....."

Sarah masih lagi ragu-ragu, di skrin telefonnya sudah terpapar nombor telefon Adam

" call jer la..." segera jarinya menekan butang Dial.

" tut.......tut........"

Sarah mula berdebar-debar

" Hello........" suara agak garau kedengaran

Sarah mendiamkan diri.

" Hello....hello...."

" errr...hello......" Sarah menjawab

" hello.....Assalammualaikum...Sarah ke tu...? "

" Wa'alaikumsalam.....err...ha'ah..Sarah..Alex kan...eh..Adam...."

Adam ketawa..

" iyer saya..Adam..."

♥♥ **************************************************** ♥♥


Episode kali ni agak hambar sikit kan...sorry if u all rasa boring..tunggu sambungannya next week ya...

so...sila la komen apa yang patut, di mana kelemahan yang perlu I perbaiki..jangan malu..jangan segan untuk menegur yupp...

take care dear fwens.....I love you......muah

16 comments:

aRien de GreaT said...

dh bernovel skunk ni kan....heheh...nnti leh terbit buku nih

NichKhun said...

perghhh rajen nye nabilah wat cerpen ney.. hehehehe tapi gambar2 tu lawa.. amek katne? huhu

hasni said...

mgkn sbb agak lambt c sarah nk kol c adam tu y mcm hambar je
but still nice lagi crita ni
n let me guess
nant c farah mesti ngan c johari
ye dak?
hiih
memandai kan

nabilah_2908 said...

hye arien..

hrumm...nk terbit buku..?

sy baru nk try2 jer ni..huhu.. :)

nabilah_2908 said...

hye nich..

sj jer mencuba..hehe..

gambar2 tu..mcm biasa lah..pergi bongkar kt umh pakcik google..(^_^)

nabilah_2908 said...

hye hasni..

hrumm..betul tu..nk kenalkan watak dulu..hehe..

hrumm...myb...tunggu jer la.. ;)

nabilah_2908 said...

walau macam mn pun..thnks 4 the supports.. ;)

SheY PuLL said...

naep x paki 3g jew..:)

SwEetForEst said...

ehehe..sweet je..
^___^

nurafizza said...

xsabar nak tgu next week episod..mcm adamaya plak..hehehe..gud luck!

Fiq said...

uih. ada sambungan lagi ker... pjg betul

nabilah_2908 said...

hye Sheypull,

hrumm...tak terfikir lk..huhu... :)

nabilah_2908 said...

hye ain...

hehe...yer ke..tkpe tunggu nxt episode lk eh.. :)

nabilah_2908 said...

hye fizza...

hrumm...ni yg bersemngt nk smbung ni..hehe...ok..tunggu yupp.. :)

nabilah_2908 said...

hye fiq..

sj pnjngkn...if nk create cerita baru setiap minggu...wah..jenuh gak nk cari... :)

Farra Rizal said...

bez cite awak...

join blog saye..

http://terataimewangi.blogspot.com/

http://putrifarisha-kesayangan.blogspot.com/

Sy Dah Follow Blog Awak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...