Tuesday, October 23, 2012

LELAKI ZAMAN SEKARANG



Lokasi : Laman sembang Yahoo Messenger 

Mrs S : Akak tengok awak dah cukup sedia tuk langkah ke fasa yang seterusnya..
Ms Z  : Err....sedia tuk apa...nak ajak saya pergi berperang ke? 

Mrs S : Bersedia tuk jadi isteri orang.
Ms Z  : ( mula dah.....) cakap dalam hati. Belum sampai jodoh lagi kak.


Mrs S : Kalau awak suka pada mana-mana lelaki. Lelaki yang awak rasa boleh jadi seorang suami yang baik, pergi la approach dulu.
Ms Z   :  Maksud akak? takkan nak pergi pinang lelaki tu kot..

Mrs S : Lebih kurang macam tu la. Lelaki zaman sekarang ni ada slow sikit. Adakalanya dia suka pada kita, tapi pemalunya...perempuan pun tak macam tu. 
Ms Z  : Haish...takmo lah. Buatnya dia tak suka kita, buat malu je..ish..!

Mrs S : Tak cuba tak tahu. Kalau dia tak suka, tak apa lah. Sekurang-kurangnya kita mencuba. Malu pun sekejap je. Tidak lah kita memendam rasa, tunggu punya tunggu..tup..tup dia kahwin dengan orang lain. Buang masa kan?
Ms Z  : Err..............

Kalau you all jadi Z....perlu ke ikut nasihat Mrs S tu..? macam desperate pun ye juga kan..? huhu...
Berkata-kata memang mudah, untuk melaksana kan..? (^_^)

Kalau tanya I....hrumm...I dah penat fikir pasal jodoh ni. Kalau ada, adalah....jodoh akan datang dengan sendiri, sibuk cari cinta manusia, cinta pada Allah terabai nak buat apa kan..? 


Untuk kaum lelaki...betul ke apa yang Mrs S tu katakan...? kalau ye...alahai...kesian kot kat perempuan yang sedang menanti cinta dari kamu. Tok sah malu-malu aih...awak kan lelaki..tok sah bagi hint-hint bagai..terus terang saja. ;)

7 comments:

YanaUjang said...

sejujurnya ai xkn ikut ckp mrs s tu..mmg desprate sgt gayanya...mmg jodoh tu kita kena cr..usaha br tawakal..tp berpada la sikit..bg ai klu mrs s riso sgt dgn status u pe kata dia sendiri usaha jd match maker u..instead of soh u yg kejar laki..ngeh³ =)

Kakzakie said...

Yg bertanya tu tak ada perasaan pada kakak. Siapa yg tak nak tapi belum tiba masa.

Tapi Z kena berdoa disamping berusaha mencari cara terbaik kalau ada peluang.. kakak doakan aje.

KAMIHIDUP said...

Tak semua lelaki macam tu. InsyaAllah kalau cari cinta Illahi akan jumpa cinta abadi.

gadisBunga™ said...

hm.

dalam bab ni saya suka no komen. komen lelebih kang takut terkena kat diri sendiri.

pepehal pun berbalik kepada ketentuan jua. :)

Kella said...

tak salah sebenarnya kalau kita approach dulu.. mana tau sebenarnya sang lelaki memang malu sangat.. dan amat2 ternanti2kan reaksi dari kita dulu..? haa.. banyak terjadi macam ni... =)

PinQib (Jung) said...

woo that's so true. x pa.. kalau sy pon saya tunggu.. haa. x nak kawen awal23

Aliesha Kirana said...

hahaa. suka bab ni. keh3. dulu2 AK jenis terbuka skit, asal suka lelaki je, dah tak larat pendam perasaan, AK luah. tp semuanya tak diterima. haha. yg tak bestnya, tak terima xpelah, hubungan ngan lelaki tu pun dah jadi lain. dah xleh kawan mcm biasa dah sbb dia dah segan dgn kita.
org yang tau lak, mesti chop AK desperate, tak tahu malu. AK terima je, sbb bg AK, baik AK terus terang dari sakit simpan prasaan.

skrg ni dah lain kot. mebi sbb umur dah meningkat n dah xde org yg AK ske. kah3.

AK rasa berdiam lebih baik dan kita usaha dengan doa dari Allah, bukan minta cinta dari manusia. DIA pemilik cinta, dari DIAlah kita patut meminta. chewah.

Kan dah panjang kalau AK komen bab2 ni. haahahah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...