Thursday, October 11, 2012

LUPA NAK STUDY


photo credit
Lokasi :Sebuah Kelas

Z masuk ke salam kelas sambil termangu-mangu bilamana dia melihat rakan-rakan sekelasnya sedang asyik membaca buku. Lalu Si Z menyapa kawannya.

" Kau tengah baca apa tu? kenapa semua sibuk-sibuk baca buku?" 

" Kau tak tahu ke kejap lagi ada exam, tinggal beberapa minit je lagi."

photo credit
" Hah..!! exam? kenapa aku tak tahu...eh..eh..nak baca apa ni..subjek apa?" 

Si Z mula mengelabah, apa yang dia buat serba tidak kena. Mana mungkin dia boleh menjawab kertas peperiksaan pada ketika itu.

" Ala..kau baca je la ayat-ayat yang ada kat dinding tu...." jawab Si H sambil menjuihkan bibirnya. Si Z segera menoleh, malangnya pandangannya kabur, langsung tidak nampak ayat-ayat di situ.

Agak-agaknya apa jadi pada Si Z eh..?

Jawapannya....

Si Z tak jadi nak ambil peperiksaan itu, sebab........ Si Z hanya lah bermimpi... ;P

photo credit
Maybe dok terkenangkan macam mana la masa dia ambil PMR dulu. Ye la peperiksaan PMR baru je bermula kan..? heeee... (^_^)

p/s : Ada simpan niat nak sambung study....ingatkan nak kerja dulu lepas tu baru sambung. Tapi bila dah kerja, sampai ke sudah tak sambung-sambung lagi..huhu.. ;P

6 comments:

Kakzakie said...

Kakak dah agak mesti mimpi nie. Kakak kalau mimpi sekolah pun selalu macam tu, kadang macam pergi sekolah tapi beg sekolah tertinggallah, tak pakai setokinlah, salah kasutlah, tertinggal baslah, macam-macam.

Sebenarnya alam sekolah memang indah utk dikenang:)

Afasz said...

mimpi .. hehe dah agak dah

Dhiera nadhirah said...

LOL..mimpi ke? baru nak rasa kesian. adik saya ambil PMR tahun ni. Teringat amek PMR 10 tahun lepas. huhu.. dah besar upenye saya.

eh, dah lama tak datang sini. baru berkesempatan nak blogwalking. sihat?

Dhiera nadhirah said...

LOL..mimpi ke? baru nak rasa kesian. adik saya ambil PMR tahun ni. Teringat amek PMR 10 tahun lepas. huhu.. dah besar upenye saya.

eh, dah lama tak datang sini. baru berkesempatan nak blogwalking. sihat?

Aliesha Kirana said...

haahah. rindu zaman amik exam eh nabilah. kih3.

sambung jela study kalau de smgt lg. heehehe

fara said...

Mesti menangis air mata darah klo btol2 terjadi!

Ramai kwn fara cmtu. Dah keje, mls dh sambong study.
Tp ade je yg nekad sambong jugak sbb nk jadik role model utk adek2 die :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...