Monday, December 10, 2012

HOSPITAL BESAR MELAKA - PART 1




Khamis , 29 November 2012

Dalam pukul 11 pagi my mom mula masuk Operation Theater.. time tu I kat rumah lagi dengan Si DD Didott, my dad je yang pergi hospital dulu.

Kat rumah, I masak dulu, kemas apa yang patut baru la gerak ke hospital.

Sampai sana dalam pukul 12 lebih, so menunggu la kami dengan penuh debaran, dalam hati tidak putus-putus memanjatkan doa pada yang Maha Esa agar dipermudahkan segala urusan dan keselamatan my mom.

menunggu di Aras 3, kat sini tak ramai orang....kat Aras 2 pack!

ni je yang I masak, sambal ikan cili hidup dan kailan masak lemak, makan la kami bertiga sementara menunggu tu.

time ni azan Zuhur sedang berkumandang dari Masji Al-Azim, ruang pakir kereta mula penuh, ye la time ni dah waktu melawat.

dari Aras 3, kami turun ke Aras 2 dan terus menunggu lagi.
di Aras 2 ni letaknya bilik pemedahan, bilik untuk para ibu bersalin dan juga nursery baby.

Ingat saja nak masuk tengok baby kat nursery tu, tapi tak boleh sebarangan masuk...huhu..

Yang menunggu ni ada juga yang pentingkan diri sendiri, bilamana mereka letakkan bag atas kerusi, apa salahnya bag tu letak di bawah, ada la ruang untuk orang lain duduk, betul tak? 

hmm..macam-macam ragam manusia.

dalam pukul 4 lebih, my mom dah keluar, terus naik ke Aras 3 masuk ward.
Time ni my mom tak bape sedar lagi.

jadi kepochi jap, selak-selak file dokter...hehehehe... ;P
kenal akan gambar rajah itu?

part tu lah yang dibuang...habis......

nampak alat hijau tu, dalam tu di isi morfin, ubat tahan sakit.
setiap kali my mom rasa sakit, tekan suis yang diletakkan di tangan dan ubat itu akan mengalir masuk ke dalam tubuh sekaligus mengurangkan kesakitan.

untuk hari pertama, my mom banyak tidur, kalau sedar pun mamai-mamai lagi.
nak makan pun dokter tak bagi, setakat minum air kosong je.

tempat tidur I untuk malam pertama.
sewa kerusi ini RM 2 tuk satu malam.

ada yang kata kerusi ni nampak sangat selesa..
I hanya mampu tersenyum bila membaca komen anda..

asal gerak sikit berbunyi, macam nak roboh pun ye juga, so I dok diam je la, tak mo bergerak sangat, takut mengganggu yang lain..kerusi ni sangat bising.

I tak boleh tidur sangat, kejap-kejap terjaga, tak sabar betul nak tunggu pagi...huhu..
makcik depan tu pun baru gak lepas operation, yang dok berselubung sebelah katil makcik tu anak dia.
Jeles kot bila tengok dia tidur...huhu...

kiranya dalam bilik tu ada 4 orang, semuanya baru lepas operation.

nanti I sambung part 2 pula yupp..terima kasih yang tak terhingga atas doa kalian semua, sangat menghargainya.
 

7 comments:

pinky said...

doakan ur mom kembali sihat mcm biasa....

redza said...

semoga kesihatan ibu nabilah akan bertambah baik

Fai CeritaCinta said...

semoga mak akak bertambah sihat.. in shaa Allah...

gadisBunga™ said...

semoga mak awak segera sembuh...

kirimkan salam saya ye..

Aliesha Kirana said...

Salam Nabilah, sori lama tak menjenguk, ibu nabilah sakit pe?

semoga dia diberi kesihatan yg makin membaik. amin!

be strong ye dear, bg dia smgt. ^_^

pipoq said...

perghh..hospital siap buat perkhidmatan sewa kerusi ??

Papa Mifz said...

semoga mak Nabilah kembali sihat yer...amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...