Friday, December 14, 2012

HOSPITAL BESAR MELAKA - PART 2



Jumaat, 30 November 2012

Hari ke dua, my mom dah sedar. Seawal jam 6 pagi amah dah sampai bawa bekas berisi air suam dan baju untuk disalin.

Macam yang I cerita pada entri yang lepas, I tak boleh nak tidur. Lelap sekejap lepas tu terjaga, tengok jam alahai macam jarum jam tu tak bergerak je..huhu.. sejuk.....sangat sejuk, macam tidur dalam peti ais je terasa sampai ke tulang. 

Azan subuh memang sangat jelas, mudah je mata ni celik. So bangun je terus tolong salin baju my mom dan lap badan dengan air suam. Nurse datang beri ubat & kemudiannya I pulak mandi dan terus ke surau untuk solat subuh.
Ini aktiviti I sepanjang malam dan sepanjang hari membaca dan sambil-sambil tu dengar radio.
ada lagi 2 buah novel, lupa nak snap.
tak pe la kot sebab ceritanya tak best sangat..

pagi-pagi perut dah lapar mujur sempat beli roti, nak keluar malas..huhu..
my mom masih belum boleh makan lagi, setakat minum air kosong je..

Masa dokter datang buat check up...pukul 3 petang baru dapat minum susu..
Nurse...macam biasa, sentiasa busy dengan pesakit, ambil BP la, bagi ubat la, bagi injection la, tukar air la.
Penat ye jadi nurse ni..

Tapi apa yang I nampak, nurse kat sini baik-baik semua, takde pun yang kasar.
Dokter pun ok..

soalan yang kerap ditanya, sampai I pun dah dapat agak..hehehe :P

" Dah kentut...?"
" Dah berak...?"

Hari ke dua, my mom dah cuba bangun dan cuba duduk. Cuma belum boleh bergerak sangat.


Hari ke 3, Sabtu 1 Disember

 Ini aktiviti my mom pagi tu. Dah boleh bangun dari katil dan cuba berjalan perlahan-lahan.
Dah boleh buang angin dan sedang dalam proses untuk membuang air besar.

 Hari ke tiga juga dokter dah benarkan makan, tapi makan bubur je la.

matahari pagi......

oh lupa nak cerita, malam ke dua hanya ada my mom dengan I je dalam bilik tu. Yang lain semua dah balik.

betul-betul depan kaunter nurse....

katil kosong....

alhamdulillah, my mom makin ok.
esoknya dokter dah bagi balik...

Buat masa ni I ambil alih tugas memasak & iron baju kerja my dad.
Pagi-pagi sebelum pergi kerja I masak dulu, iron baju kerja pula I buat pada hari sabtu malam.
Ahad pulak, time mengemas rumah la pulak.

Begitu la ceritanya, moga lepas ni my mom terus sihat. Tiada lagi penyakit-penyakit misteri macam ni. Insya'Allah..Amin.. (^_^)

p/s: ketika ini myb I dalam perjalanan ke Pekan Pahang.....weeehuuu...

5 comments:

redza said...

amin......bercuti ke pahang ek? best

intanfirdaus247 said...

Salam NAbilah..akak belum pos lagi..x sempat lagi..smoga mak nabilah sihat dan sembuh ye

Aliesha Kirana said...

moga mama nabilah cpt sembuh. sedih ble tgk mak kita waktu sakit dkt hospital kan? T_T

gadisBunga™ said...

semoga mak awak cepat sembuhnye.

cumanya kan...kita nak cakap. roti sedap tau. feveret kite!

dhiera said...

jalan2 pahang pulak ke?
jgn bg ur mom jalan byk2 ok! minta dia banyak berehat. saya doakan ur mom akan cepat sembuh. eh, adik awak tu siap posing atas katil sekali. amboi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...