Monday, December 23, 2013

TOK TAN


Tok Tan...? apa tu..siapa tu..?
Dalam family I (belah my mom) Datuk akan dipanggil Tok Tan dan Nenek akan dipanggil Tok Na..

Saja I nak share pasal Tok Tan...Arwah Tok Tan...
Nama Tok Tan.. Abdul Rahim Bin Omar
Sebelum I bercerita....boleh tak you all sedekahkan Al-Fatihah buat Tok Tan?


Terima kasih... (^__^)

Ini lah Tok Tan.....segak kan...?
besar tinggi orangnya....
I mewarisi gen 'kebesaran' daripada beliau lah...huhuhu.. ;-P


Tok Tan lama dah meninggal...kalau tak salah...masa I umur 10 tahun...tapi...kenapa hari ni baru nak cerita..?

Dia datang dalam mimpi I kelmarin, actually selalu juga I mimpikan Tok Tan...tapi kebiasaannya Tok Tan diam je, cuma Tok Tan ada di situ, nampak dengan jelas Tok Tan ada dalam mimpi tu. Tapi kali ni berbeza sikit dari mimpi-mimpi yang biasa. Tok Tan tersenyum, siap buat peace lagi, dalam mimpi tu, Tok Tan peluk I erat!

I selalu tertanya-tanya, kenapa Tok Tan kerap muncul dalam mimpi. Nak kata I selalu ingatkan dia, kenangkan dia tidak lah pula...cuma dalam doa-doa ada juga I titipkan buat dia juga saudara mara yang lain yang telah lama pergi mengadap Ilahi.

Entah kenapa I asyik teringat-ingat mimpi tu...

Situasi di hospital,

I datang melawat, sampai je kat wad, ramai orang kat situ. Yang pasti I nampak Tok Tan & Tok Na duduk atas satu katil yang sama dan dalam masa yang sama Mak Njang pun sampai. Dia bawa 1 bekas besar isi mee meggi. Bila dia sampai je, budak-budak semua berkerumun pada bekas tu. Berebut-rebut nak makan mee meggi. Tanpa kisahkan budak-budak tu, I terus menghampiri katil Tok Tan.

Tok Tan senyum je, I sapa dia dengan nada ceria..

" Hai Tok Tan...!!!!" sambil mengangkat dua jari ke atas (peace). Tok Tan senyum lagi dan Tok Tan pun buat peace balik.

Tiba-tiba ada yang bersuara " Dah tak reti bagi salam ke?"

" Assalammualaikum...." I tarik tangan Tok Tan dan mencium tangannya. Tok Tan lak terus je peluk I, entah kenapa time tu I rasa sebak sangat-sangat.



" Tok Tan ok? Sihat tak?" tanya I. Suara dah ketar-ketar menahan sebak. Tok Tan tak bersuara, pelukkan masih erat. Air mata dah nak keluar sangat dah ni, I cuba tahan dan bila  I terpandang budak-budak tengah berebut makan mee meggi tadi..

" Eh...nak lah juga.." I lepaskan pelukkan dan mula menyelitkan diri di kalangan budak-budak untuk merasa sama mee meggi tu. I ambil sesudu kuah masukkan dalam mulut dan serta merta air mata meleleh, cepat-cepat I kesat.

I tengok Tok Tan dari jauh, masa tu Tok Tan seolah-olah sedang berbual dengan Tok Na. I cuba keluarkan fon dengan niat nak ambil gambar, tapi tangan I seperti lemah (lembik) tak boleh nak ambil fon. Sampai lah I tersedar dari tidur. Rasa sebak tu masih lagi terasa....

Terus je I sedekahkan Al-Fatihah untuk Tok Tan.

Itu lah yang I ingat sampai ke hari ni, dan ingatan ini akan mula pudar dari sehari ke sehari, sebab tu lah I sharekan di sini. Boleh baca balik... (^_^)V


Al-Fatihah buat Tok Tan
Tenang lah Tok Tan di sana..... 
Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Tok Tan...

3 comments:

Afasz said...

al fatihah buat arwah..

jemput singgah blog sy pula ye -->

http://afasz.blogspot.com

Kakzakie said...

Sentiasa doakan Tok Tan. Org kata kalau bertemu keadaan dia senyum tak apa jgn keadaan dia bersedih.

Moga rohnya tenang di sana. A-fatihah..

Leeya Hezlin said...

Al-fatihah untuk arwah tok tan nabilah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...