Friday, October 10, 2014

TAHAJJUD & DHUHA

Assalammualaikum... (^_^)

Selamat Hari Jumaat...

Well hari ni nak share tentang Solat Sunat Tahajjud & Solat Sunat Dhuha..

Terdengar di IKIM FM kelmarin dalam segment Motovasi Pagi..segment bermula pada pukul 7.30 pagi dan berkahir dalam 7.40pagi lebih kurang...tak lama pun...tapi pengisiannya mantap.


Pada hari Rabu yang lepas ustaz sentuh pasal Solat Sunat Tahajjud dan hari Khamis pula tentang Solat Sunat Dhuha...

Hari ni je tak dengar sangat sebab ada passenger kat sebelah, ajak berbual lagi...takkan taknak layan pula kan..? tapi apa yang I dengar pasal pendapatan yang dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu..1/3 untuk dibelanjakan, 1/3 untuk disedekahkan dan 1/3 untuk disimpan..selebihnya tak dengar..

Ada yang mendengar pagi ni? boleh share sikit...? terima kasih.. (^_^)

Okey berbalik pada tajuk di atas...I rasa apa yang I dengar pada pagi tu bagaikan teguran daripada Allah..jujur I katakan...sekarang ni dah jarang ber'tahajjud...liat sungguh mata ni tuk bagun awal..mungkin terlalu banyak dosa...huhu...


Menurut ustaz, tak dapat bangun malam pun tak apa...sejam/setengah jam sebelum masuk waktu solat subuh pun boleh..

Kalau tak mampu buat hari-hari, boleh buat pada hujung minggu waktu kita tidak bekerja...asalkan kita buat...buat dua rakaat je pun...kalau berkemampuan buat lebih pun tak apa.. (^_^)

Tujuan Solat Sunat Tahajjud

  1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
  2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
  5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup

Kelebihan Solat Sunat Tahajjud

  1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
  2. Doa dimakbulkan Allah.
  3. Memperolehi ketenangan jiwa.
  4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
  5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
  6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
  7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
  8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
  9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
  10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
  11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
  12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
  13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
  14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
  15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
  16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
  17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
  18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

Untuk Solat Sunat Dhuha pula....? 

Cari lah masa untuk solat, Solat Sunat Dhuha ini sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.


Solat Sunat Dhuha ini juga merupakan magnet rezeki..insya'Allah akan dimurahkan rezeki dan diberikan ketenangan jiwa dan kehidupan..

Ha...tak mahu ke...?

Kalau boleh buatlah secara konsistant...daripada kita habiskan masa keluar minum pagi, baik kita habiskan masa tuk Dhuha, tapi sekiranya sedang bekerja, kena minta izin dulu daripada majikan tuk pergi solat sebentar. Yang penting 'afford' tu... tak mampu buat pada hari bekerja...waktu kita cuti tu manfaatkan lah... (^_^)

Okey itu sahaja perkongsian I tuk hari ni, I pun masih belajar...betulkan mana yang salah ya...terima kasih..




p/s: I start dengar ikim fm pada waktu pagi bila dapat tahu Ustaz favourite I, Ustaz Haryanto ada untuk motivasi pagi..dari situ I terus dengar hingga ke hari ini...walaupun sekarang ni ustaz lain...I tetap dengar....sebab I memang keluar rumah pada 7.30 pagi...ngam sangat lah waktu tu. Tapi I dengar part motivasi pagi je la, lepas habis...I tutup radio..saja mencari ketenangan...no more hot fm di waktu pagi... (^_^)  


2 comments:

Kakzakie said...

Kakak ni pendengar setia radio IKIM dari mula disiarkan. Radio di rumah, kereta dan office kakak sentiasa on channel IKIM walau kadang memanglah tak tumpu 100% bila buat kerja.

Ketika kakak buat N3 ini pun radio sedang membincangkan bagaimana menilai kejujuran diri kita pada Allah..

Ct NoArizah Aris said...

Salam dik... Byk kelebihannya solat tahajud dan dhuha w/pun hanya sunat....semoga Kita tak terlupa nak melakukannya selagi masih bernyawa.

Tentang pendapatan tu klau tahu apa seterusnya share le Kat sini akak pun nak tahu jugak :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...